Myspace Graphics

Thursday, June 12, 2008

Pengenalan Diri


Salam kepada anda semua.
Salam perkenalan dan juga salam usahawan daripada saya.

Terima kasih kerana melawat blog saya ini.

Saya Zil. Dilahirkan pada tahun 1984. Saya dibesarkan di sebuah daerah kecil di Terengganu, Dungun.

Mendapat pendidikan awal di tadika Al-Najmi, Dungun. Kemudian, bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sura. Beralih ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sura pada umur 13 tahun hanya selama enam bulan kerana ditawarkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Rantau Abang selama tiga tahun. Pada umur 16 tahun, saya sekali lagi berpindah sekolah selepas ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Setelah mendapat keputusan SPM yang agak boleh saya banggakan, saya ditawarkan ke Pusat Matrikulasi Johor di Tangkak. Saya mentelaah di sana cuma selama dua bulan lebih, kemudian berpindah ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya selama dua tahun di dalam jurusan farmasi. Kemudian saya meneruskan pendidikan saya di peringkat ijazah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan, Pahang selama empat tahun.

Motif hidup, menolong ummah selagi saya mampu. Kerna Islam menggalakkan umatnya bermuafakat dan saling menolong tak kira bangsa, agama, budaya, bahasa dan pangkat. Hanya yang mulia di sisi-Nya adalah yang tinggi taqwanya. Sama-samalah kita berdoa agar ditingkatkan taqwa kita. Ameen.

Di kesempatan ini, saya ingin nasihatkan anda semua untuk terus majukan diri sehingga ke tahap tertinggi anda boleh capai. Tapi dengan usaha yang murni dan berkat daripada pengorbanan anda. Mengikut Dr Fadhilah Kamsah, “Kalau org lain boleh, kenapa tidak kita? Jadi, mari kita sama-sama majukan diri agar tidak menyesal di kemudian hari.”

Akhir kalam, salam ukhwah dan salam usahawan dari saya, Zil sekali lagi. Terima kasih

No comments:

Myspace Graphics

Search My Site